Hotel lima bintang jadi asrama pelajar

Hotel terkenal di Tanzania, Ngurdoto Mountain Lodge yang sebelum ini menjadi daya tarikan utama pengunjung asing kini terpaksa disewakan dan diubah suai menjadi asrama pelajar susulan industri pelancongan yang kian malap.
Hotel terkenal di Tanzania, Ngurdoto Mountain Lodge yang sebelum ini menjadi daya tarikan utama pengunjung asing kini terpaksa disewakan dan diubah suai menjadi asrama pelajar susulan industri pelancongan yang kian malap.
A
A
A

DAR ES SALAAM - Hotel terkenal di Tanzania, Ngurdoto Mountain Lodge yang sebelum ini menjadi daya tarikan utama pengunjung asing kini terpaksa disewakan dan diubah suai menjadi asrama pelajar susulan industri pelancongan yang kian malap.

Kebanyakan industri perhotelan dirundung masalah serta kerugian akibat sekatan perjalanan untuk mengekang penularan Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

Ngurdoto Mountain Lodge yang pernah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Leon H. Sullivan 2008, kini ditutup kerana tidak mampu untuk meneruskan operasi.

Pengetua Institut Perakaunan Arusha, Eliamani Sedoyeka mengesahkan kolej itu kini menyewa hotel berkenaan.

Menurut Sedoyeka, langkah menyewa hotel itu didorong lonjakan jumlah kemasukan pelajar baharu tahun ini.

"Kami terharu dengan jumlah permohonan kemasukan yang diterima jadi kami memutuskan mencari tempat penginapan baharu,” katanya.

Setiap pelajar akan membayar 400,000 shilling Tanzania (sekitar AS$173) setiap tahun.

Dilengkapi dengan 300 bilik dan tujuh suite presiden, hotel yang dibangunkan pada 2003 diilhamkan berdasarkan rekaan istana bekas Presiden Republik Demokratik Congo Mobutu Sese Seko. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!