Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Peguam Negara

Pasukan penyelamat berjaya mengangkat kereta SUV jenis Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kenderaan di KM 4 Jambatan Pulau Pinang. - Foto Bernama
Pasukan penyelamat berjaya mengangkat kereta SUV jenis Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lagi kenderaan di KM 4 Jambatan Pulau Pinang. - Foto Bernama
A
A
A
JURU - Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes kemalangan yang menyebabkan kenderaan SUV Mazda CX-5 terjunam ke dalam laut kepada ke Pejabat Peguam Negara, hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Naranasegaran berkata, proses berkenaan adalah perkara biasa bagi menentukan tindakan lanjut berhubung kes terbabit selepas pihaknya melengkapkan kertas siasatan.

“Kita sudah telah hantar sebelum ini kertas siasatan kepada Ketua Unit Pendakwaan dan difahamkan ia dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini. Jadi, kita akan tunggu arahan lanjut keputusan pihak pendakwaan.

“Mengenai laporan kimia, kita sedang berurusan dengan jabatan yang berkenaan supaya ia dapat disegerakan,” katanya ketika ditemui media selepas Pelancaran Op Selamat Tahun Baru Cina yang diadakan di Plaza Tol Juru di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi 20 Januari lalu, mangsa Moey Yun Peng, 20, yang sedang memandu kereta SUV Mazda CX-5 di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang terhumban ke laut selepas dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu rakannya kira-kira jam 2.45 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: SUV terjunam ke laut: Siasatan kemalangan belum lengkap

Mangsa ialah penuntut kolej swasta serta tinggal di Butterworth dan ketika kejadian dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menyambut hari lahir rakan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia di sini.

Operasi membawa naik kereta SUV Mazda CX-5 yang terjunam ke laut berjaya dinaikkan sepenuh ke Jambatan Pulau Pinang pada jam 6.05 petang dua hari kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!