Orang ramai sudah tak takut, acuh tak acuh dengan SOP

Hari ini orang ramai sudah mula melakukan aktiviti seperti biasa. Suasana juga kembali seperti sebelum ini kecuali bagi negeri yang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Gambar hiasan
Hari ini orang ramai sudah mula melakukan aktiviti seperti biasa. Suasana juga kembali seperti sebelum ini kecuali bagi negeri yang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Gambar hiasan
A
A
A

[DIKEMASKINI] BEBERAPA minggu ini, Merak Jalanan mula memerhatikan tingkah laku orang ramai terutama di kawasan tempat tinggal dan kelakuan jiran-jiran tetangga. Ada sesuatu yang mula bermain dalam fikiran Merak Jalanan.

Tidak seperti pada Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, orang ramai kini ambil sikap acuh tak acuh dengan situasi semasa.

Ketika fasa pertama PKP, ada jiran Merak Jalanan yang terlalu risau sehingga mandi di luar rumah terlebih dahulu selepas membeli barang atau balik bekerja. Merak Jalanan juga mengakui pernah dua atau tiga kali mandi di luar sebelum masuk ke rumah.

Jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman amat laku, malah ada yang sentiasa memakai sarung tangan ketika berada di luar. Suasana yang tidak pernah kita alami sebelum ini.

Mana tidaknya, ketika itu wabak Covid-19 mula merebak. Kita tidak mahu mengambil risiko walau sedikit pun untuk dijangkiti virus tersebut.

Itu dahulu ketika kes harian tidaklah setinggi sekarang. Hari ini orang ramai sudah mula melakukan aktiviti seperti biasa. Suasana juga kembali seperti sebelum ini kecuali bagi negeri yang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Malah, ketika Merak Jalanan membeli barang, orang ramai dilihat sudah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakkan fizikal. Ketika PKP, kita sukar melihat kanak-kanak bermain di hadapan rumah atau di taman, kini mereka bebas bermain seperti biasa.

Ibu bapa juga dilihat ada yang berbual dan berkumpul dalam jumlah yang ramai. Mungkin mereka tidak ikut SOP kerana sering melihat pemimpin negara yang gagal patuh SOP penjarakkan fizikal. Jadi, sikap acuh tak acuh itu wujud.

Pemimpin perlulah menunjukkan teladan yang baik. Jika tidak, jumlah kes akan terus meningkat dan kita tiada pilihan lain selain patuh SOP atau menunggu vaksin yang entah bila akan siap.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!