Suami maut, isteri parah

Keadaan kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan - Nenasi - Rompin, hari ini.
Keadaan kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan - Nenasi - Rompin, hari ini.
A
A
A

PEKAN - Seorang lelaki maut manakala dua cedera parah selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan - Nenasi - Rompin di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mat Amin Abdullah, 78, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Faridah Ali Hussein, 61, patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek ketika kejadian pasangan suami isteri tersebut dari Bandar Pekan menghala ke arah Sungai Miang sebelum berlanggar dengan kereta jenis Perodua Bezza yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke arah Kuantan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku berpunca dari kereta Perodua Bezza yang terbabas masuk ke laluan mangsa dan berlanggar bahagian sisi kanan kereta mangsa.

“Akibat perlanggaran tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan isterinya yang patah tangan kanan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pekan.

Menurutnya, Wan Nurul Hanifah W Hibadullah, 27, yang memandu Bezza luka pada bahagian kepala manakala suaminya, Muhammad Fadzil Hashim, 30, hanya cedera ringan dan kedua-duanya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pekan untuk rawatan.

“Kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan dan remuk yang teruk. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!