realme jenama telefon pintar nombor dua di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Luar biasa, realme telah dinobatkan sebagai jenama telefon pintar nombor dua di Malaysia hasil kepercayaan pencinta dan peminat tegar produk berkenaan.

Hasil laporan suku ketiga yang dikeluarkan Counterpoint 2020 menjadi bukti mengapa realme diiktiraf sebagai jenama telefon pintar nombor dua di Malaysia.

No Image Caption

Dengan peningkatan 50% QoQ, realme Malaysia terus menapak tinggi dalam pasaran telefon pintar di negara ini walaupun hanya kurang 2 tahun jenama ini mula diperkenalkan di rantau Asia Tenggara.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut laporan Counterpoint Q3 2020 juga, realme adalah jenama telefon pintar yang paling pantas berkembang dengan capaian 50 juta penjualan. Ini adalah hasil peningkatan 132 peratus QoQ dan 45 peratus YoY dengan catatan jualan 14.8 juta penghantaran bagi tempoh yang sama.

No Image Caption

Berdasarkan laporan Counterpoint, kadar pertumbuhan realme dalam jumlah penghantaran mewakili momentum pertumbuhan terkuat dalam kalangan OEM global utama.

Kejayaan penjualan 50 juta ini berikutan mendapat sokongan besar dari kalangan belia dan orang muda di seluruh dunia sekaligus merangkumi sebahagian besar pelanggannya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo, berkata, berdasarkan laporan e-Conomy 2020 yang dilancarkan oleh Google, Bain dan Temasek baru-baru ini, lebih daripada satu dari tiga pengguna perkhidmatan digital baharu direkodkan berikutan pandemik Covid-19.

“Kami menjangkakan ekonomi internet Malaysia akan tumbuh tiga kali ganda hingga mencapai 30 billion pada tahun 2025. Mudah alih kesalinghubungan akan memainkan peranan penting untuk lintasan ekonomi kita, dan saya gembira melihat realme Malaysia terus menjadi pemboleh utama dalam ekosistem ini dengan melancarkan produk menarik di saluran YouTube mereka.

“Pada bulan September dan Oktober lalu, telefon bimbit realme merupakan salah satu daripada 10 carian sohor kini tertinggi Google di Malaysia. Terima kasih kepada realme Malaysia dan tahniah atas kejayaan yang boleh dibanggakan ini," katanya.

realme dengan slogannya ‘Dare To Leap’ menjadi satu jenama yang berani melangkah ke hadapan melebihi kemampuan syarikat muda ini.

Pecah rekod jualan di Lazada dan Shopee

No Image Caption

realme Malaysia juga memecahkan rekod mereka dengan peningkatan penjualan telefon pintarnya menjadikan mereka sebagai empat jenama telefon pintar terlaris Lazada 11.11.

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan, berkata, kejayaan ini menunjukkan realme semakin memperluas kehadiran digitalnya di Lazada Malaysia dan menjadi salah satu jenama LazMall yang berkembang pesat tahun ini dalam kategori mobile dan tablet.

Sementara itu, realme juga mencatatkan kedudukan nombor satu untuk kategori semasa Shopee 11.11 Big Sale pada 1 Januari hingga 11 November 2020. Selain turut mencatatkan peningkatan jualan 5053% berbanding jualan 11.11 tahun lalu.

Antara kategori yang dimenangi ialah jenama audio nombor satu, jenama wearables nombor satu, jenama aksesori mudah alih nombor satu dan telefon pintar 8GB + 128GB terbaik.

No Image Caption

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho juga berkata pihaknya berasa besar hati menjadi rakan e-dagang pilihan yang dipercayai oleh realme.

“Daripada telefon pintar hingga gajet tangan serta produk kesihatan dan barangan gaya hidup, pelbagai produk realme diminati ramai rakyat Malaysia yang membeli-belah di Shopee,” katanya.

Nantikan telefon pintar 5G terbaru realme

No Image Caption

Jenama realme bakal muncul dengan realme 7 5G untuk memenuhi keperluan para pencinta jenama hebat ini tidak lama lagi. Jangan ketinggalan untuk tunggu akan kemunculannya!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme, ikuti halaman Facebook dan juga Instagram rasmi @realmemalaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!