Covid-19: Ecuador tambah 12,000 lagi doktor

Ecuador setakat ini mencatatkan 195,884 jangkitan Covid-19 dengan 9,129 kematian. - Foto AFP
Ecuador setakat ini mencatatkan 195,884 jangkitan Covid-19 dengan 9,129 kematian. - Foto AFP
A
A
A

QUITO - Ecuador akan mengupah lebih 12,000 doktor dan pekerja penjagaan kesihatan untuk memperkuatkan lagi sistem kesihatan awamnya sebagai tindak balas terhadap pandemik Covid-19, umum Presiden Lenin Moreno pada Khamis.

Pengmuman itu dibuat Moreno menerusi akaun Twitter selepas mengadakan perbincangan dengan profesional kesihatan, perwakilan Majlis Negara dan Menteri Kesihatan Juan Carlos Zevallos, lapor agensi berita Xinhua.

"Dialog itu menghasilkan keputusan yang sewajarnya," tulis presiden.

Menurut Kementerian Kesihatan, Ecuador setakat ini mencatatkan 195,884 jangkitan Covid-19 dengan 9,129 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!