Buat laporan palsu elak bayar denda Mykad

Gambar kecil: Afzanizar
Gambar kecil: Afzanizar
A
A
A

MELAKA - Gara-gara tidak mahu membayar denda untuk memperbaharui Mykad, seorang jurujual kedai telefon bimbit sanggup membuat laporan polis palsu kononnya diragut.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat lelaki berusia 27 tahun itu pada jam 9.30 malam, Ahad lalu yang mendakwa dia diragut di Kota Shahbandar hingga mengalami kerugian kira-kira RM3,000.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah memanggil lelaki terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Katanya, hasil keterangan yang diperoleh, lelaki itu mendawa kejadian ragut terbabit merupakan satu 'prank' yang dirancang oleh isterinya.

"Kita telah menahan isterinya bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Namun hasil siasatan lanjut mendapati 'prank' tersebut adalah satu rekaan dan lelaki terbabit membuat laporan palsu untuk mengelak daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat MyKad baharu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 182 kerana membuat laporan polis palsu manakala isterinya diambil tindakan di bawah Seksyen 182/109 Kanun Keseksaan.

Sementara itu katanya, sebanyak 59 laporan polis palsu yang diterima dan telah dituduh di mahkamah bermula Januari hingga November lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kita sangat memandang serius perbuatan ini dan orang ramai diingatkan tidak membuat laporan polis palsu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!