Polis Melaka galak guna CCTV sistem pemantau pintar
Raja Shahrom (tiga, kanan), Teoh Tia (dua, kanan) dan Lee Chun Szen (kiri) ketika simbolik program Smart Security Surveillance (3S) di Banda di Hotel Emperial Heritage di Banda Hilir, di sini, tadi.
A
A
A
Ketua Polis negeri, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dengan menggunakan CCTV yang berteknologi tinggi itu dapat membantu premis daripada diceroboh penjenayah menerusi kemampuan mengeluarkan suara selain membantu memudahkan polis menjalankan siasatan yang lebih terperinci.
Menurutnya, ini berdasarkan kes jenayah yang secara puratanya berlaku tiga kes pecah rumah dalam sehari selain jenayah paling tinggi yang menyumbang kepada indeks jenayah iaitu kecurian motosikal di kawasan rumah mahupun di kedai-kedai. "Melalui bantuan CCTV dengan kerjasama polis dan Syarikat Panther 911, kita harap dapat membantu untuk meningkatkan tahap keselamatan di Melaka. "Mekanisma CCTV boleh membantu polis mencari keterangan agar penjenayah boleh dihadapkan ke mahkamah dengan bukti-bukti yang dirakamkan dalam CCTV," katanya.
Raja Shahrom berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Smart Security Surveillance (3S) di Banda di Hotel Emperial Heritage di Banda Hilir, di sini, tadi.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sun Teoh Tia, Pengarah Keselamatan Digistar Holding, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani dan Pengarah Urusan Panther 911, Louise Lee Chun Szen.u Sementara itu, Lee Chun Szen berkata, penggunaan CCTV berdefinisi tinggi itu diawasi 24 jam manusia yang akan memberi amaran kepada penceroboh, sekali gus memberitahu terus kejadian jenayah kepada bilik gerakan polis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!