'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

Ahmad Faizal (tengah) bercakap sesuatu kepada Speaker Dewan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid (kanan) sebelum di umum gagal memperoleh majoriti dalam usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak itu pada Persidangan DUN Perak hari ini.
 -Foto Bernama
Ahmad Faizal (tengah) bercakap sesuatu kepada Speaker Dewan Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid (kanan) sebelum di umum gagal memperoleh majoriti dalam usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak itu pada Persidangan DUN Perak hari ini.
 -Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendedahkan bahawa 15 ADUN Barisan Nasional (BN) telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, calon Menteri Besar Perak yang baharu bukanlah sesuatu yang rahsia, pihaknya mengetahui bahawa BN akan menamakan Saarani mewakili parti itu.

Menurutnya, selepas usul tersebut diterima, ada pihak daripada UMNO yang menghubungi ADUN-ADUN Bersatu dan bebas supaya menolak usul undi percaya tersebut.

"Semua dah buat SD. ADUN-ADUN UMNO dah diminta tandatangani SD supaya Datuk Saarani sebagai MB. Bukan rahsia lagi. Dua hari, tiga hari sudah mereka ada buat perjumpaan. 15 orang awal telah tandatangan SD.

"Walaupun kita tahu sampai peringkat itu, MB (Ahmad Faizal) tidak ambil tindakan untuk suruh hubungi ADUN-ADUN (untuk menyokong). Dia beranggapan biar rakyat menilai. Dia tidak mahu menyusahkan rakyat. Kalau ambil tindakan, kita pun pergi melobi, tetapi kita tidak ambil tindakan sebegitu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zainol Fadzi yang juga ADUN Sungai Manik menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan undi percaya itu dan menganggapnya sebagai satu pengkhianatan.

Beliau berkata, amat pelik apabila pihak yang mengusulkan undi percaya bertindak sebaliknya bertindak bertentangan dengan usul yang dibuat.

"Peringkat awal kita menjangkakan mungkin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Amanah menyokong menolak undi percaya ini tetapi yang bangun kali ini ADUN DAP.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun hujah mereka (BN) bukan bersekongkol dengan DAP, tetapi siapa yang menyokong menolak usul ini di dalam DUN Perak nak nafikan macam mana, biar rakyat tengok," katanya.

Beliau berkata, Bersatu bersangka baik terhadap usul undi percaya itu ia bermaksud menyokong tetapi niat sebenar di sebalik pengundian itu terbukti bukan seperti yang diusulkan.

Bagaimanapun, menurutnya, Ahmad Faizal sudah mengarahkan semua ADUN Bersatu supaya bertenang dengan apa sahaja keputusan yang dibuat sebelum DUN Perak bersidang.

"Secara peribadi saya kagum dengan karektor MB Perak yang tenang meminta kami jangan bantah dan ikut peraturan.

"Beliau pesan jangan buat kecoh kita ikut sahaja, sebab itu kita lihat mana ada sebarang provokasi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:[EKSKLUSIF] ADUN UMNO antara 10 wakil rakyat sokong Peja?

Saya terima dengan reda: MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!