Ahmad Faizal tersingkir ketika rakyat Perak kesusahan

Mohd Syahir Sulaiman
Mohd Syahir Sulaiman
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tersingkir menerusi usul undi percaya apabila hilang sokongan majoriti wakil rakyat, termasuk daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman berkata, peralihan kuasa di negeri itu juga berlaku dalam keadaan rakyat sedang dalam kesusahan dan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Syahir yang juga Setiausaha Politik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagaimanapun berharap peralihan kuasa kerajaan di negeri berkenaan dapat berjalan dengan baik dan aman.

"Kelihatan berlaku peralihan sokongan 'sejumlah' ADUN kerajaan, bersama 24 ADUN DAP/Pakatan Harapan (PH), untuk menolak Menteri Besar Perak.

"Peralihan ini berlaku dalam keadaan rakyat sedang susah, dan ekonomi sedang susah. Semoga peralihan kuasa di Perak berlaku dengan baik dan aman.

"Uniknya Perak, segalanya bermula di Perak," katanya di laman Facebooknya sambil mengakhiri catatannya itu dengan tanda pagar #rakyatmemerhati.

Sementara itu, Pemuda Pas pula secara sinis memberi ucapan tahniah kepada DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama dengan parti itu kerana kejayaan mereka menjatuhkan Ahmad Faizal.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan undi percaya terhadap Menteri Besar Perak hari ini akan menyaksikan pertukaran teraju kerajaan negeri itu.

Artikel Berkaitan:

“Tahniah DAP Perak dan parti-parti yang bekerjasama dengannya. Kerajaan Perak bertukar teraju pula,” catatnya ringkas di laman Facebook hari ini.

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

Terdahulu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu disahkan hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan majoriti.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) itu mendapat 10 undi sokongan, 48 undi menolak manakala satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang menerima usul berkenaan.

Untuk rekod komposisi kerusi dalam DUN Perak, UMNO mempunyai kerusi paling banyak iaitu 25, diikuti DAP (16), Parti Amanah Negara (Amanah) sebanyak (5), Bersatu (5), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (3), Pas (3) dan Bebas (2).

ARTIKEL BERKAITAN:[EKSKLUSIF] ADUN UMNO antara 10 wakil rakyat sokong Peja?

Saya terima dengan reda: MB Perak

MB Perak hilang sokongan majoriti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!