Pimpinan PH menghadap Sultan Perak esok

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
A
A
A

IPOH - Tiga pengerusi parti-parti gabungan di dalam Pakatan Harapan (PH) Perak dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkembangan politik di negeri ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang memaklumkan pertemuan tersebut akan diadakan di Istana Kinta jam 11 pagi.

Katanya, selain beliau, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi akan turut sama menghadap Sultan Nazrin.

"Esok tiga pengerusi parti PH akan menghadap Sultan Perak dan akan berbincang dan meminta nasihat daripada Tuanku tentang peranan yang boleh dimainkan PH dalam situasi politik di Perak," katanya ringkas kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Farhash Wafa Salvador mengakui pernah bertemu dengan pimpinan UMNO sebelum ini dan mengetahui lebih awal mengenai usul undi percaya kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faiza Azumu.

Katanya, secara dasarnya memang PKR Perak menyokong gerakan untuk menumbangkan Ahmad Faizal bagi menyelamatkan pentadbiran negeri ini.

Ditanya sama ada PH Perak akan berbincang lanjut tentang situasi politik yang melanda negeri ini, beliau menjelaskan ketiga-tiga parti itu sering berhubung antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!