Bekas wartawan buat laporan terhadap menteri muda
KUCHING - Bekas wartawan Joseph Tawie hari ini membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Kabinet Sarawak selepas menteri muda itu membuat laporan polis mendakwa beliau memfitnahnya dalam satu paparan Facebook.
Tawie, 73 berkata dalam laporan polis itu, beliau membuat penegasan kenyataan berbentuk kritikal yang ditulisnya berhubung menteri muda tersebut adalah berasaskan maklumat yang diberikan oleh tuai rumah di Semunjan.
“Saya membuat laporan ini sebagai respons terhadap laporan polis yang dibuat ke atas saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini.
Dalam hantaran Facebook pada 28 Jan lalu, Tawie mendakwa menteri muda itu menyalahgunakan kuasanya sebagai wakil rakyat.
Susulan itu, menteri muda berkenaan membuat laporan polis dan Tawie ditahan pada hari yang sama sebelum kenyataannya diambil. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!