Halal haram vaksin

No Image Caption
A
A
A

SUDAH mula heboh umat Islam memperkatakan tentang halal haram vaksin untuk Covid-19.

Maka keluarlah macam-macam dalil dan petua yang mengatakan vaksin itu tak boleh dipakai sebab bahannya diragui.

Memang sepatutnya digunakan semua bahan yang tanpa was-was halal sifatnya.

Sepatutnya saintis Islam dan negara Islam yang kaya raya bantu buat vaksin yang sebegitu. Tapi umat Islam lemah dalam teknologi perubahan.

Terpaksalah mereka bergantung pada syarikat farmaseutikal raksasa yang bukan milik orang Islam.

Baru-baru ini Awang tonton ceramah Datuk Dr Asri Zainal Abidin dalam YouTube. Beliau sebutkan pasal pengubahan kimia atau chemical transformation.

Katanya dalam Islam ada bab mengenai bahan-bahan yang berubah dari satu peringkat ke satu peringkat.

Akibat perubahan itu, walaupun asalnya haram, tapi proses akhirnya jadi halal.

Artikel Berkaitan:

Pada satu peringkat hukumnya lain, peringkat lain, hukumnya lain.

Dr Asri kata umat Islam harus faham proses yang telah berjalan dalam pembuatan vaksin ini. Tentu ada orang yang tak setuju pandangan ini.

Tapi Awang rasa dalam keadaan genting seperti sekarang, Jakim harus mengeluarkan fatwa seperti mana Eropah yang telah mengeluarkan fatwa bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!