250kg ikan kembung percuma 'licin' 30 minit

Mohammad Asri (dua dari kanan) bersama Zamri (tiga dari kiri) dan Ahmad (dua dari kiri) pada Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar di depan Medan Selera Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.
Mohammad Asri (dua dari kanan) bersama Zamri (tiga dari kiri) dan Ahmad (dua dari kiri) pada Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar di depan Medan Selera Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Hampir 250 kilogram (kg) ikan kembung percuma habis disumbangkan dalam tempoh lebih kurang 30 minit pada Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini.

Pengerusi Perkasa Parlimen Kuala Kedah, Mohammad Asri Mustafa berkata, pihaknya tidak menyangka sambutan hangat diterima daripada penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan ikan itu.

Mohammad Asri berkata, sebahagian penduduk setempat sudah beratur panjang seawal jam 8 pagi walaupun pemberian ikan kembung percuma pada awalnya dijadualkan bermula jam 9.30 pagi.

"Jadi, kita terus memberi ikan kepada orang awam yang hadir dan tidak menyangka ia licin tidak sampai satu jam walaupun sumbangan amal sebegini dianjurkan buat julung-julung kalinya.

"Kami memberi setiap orang kira-kira 15 ekor ikan yang dianggarkan lebih 1 kilogram (kg) dan diharapkan ia membantu mereka yang terjejas ketika pandemik Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar di depan Medan Selera Taman Wira Mergong di sini hari ini.

Ahmad (kiri) menyerahkan ikan percuma kepada penduduk setempat pada Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar di depan Medan Selera Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.
Ahmad (kiri) menyerahkan ikan percuma kepada penduduk setempat pada Program Pemberian Ikan Mentah kepada penduduk sekitar Kota Setar di depan Medan Selera Taman Wira Mergong, Alor Setar hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf dan Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kedah, Ahmad Hussain.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Perkasa Parlimen Kuala Kedah mengambil inisiatif memberi ikan percuma disebabkan prihatin dan memahami kesusahan rakyat semenjak negara dilanda pandemik Covid-19.

"Semenjak virus itu tersebar, keadaan ekonomi terjejas dan ada rakyat yang kehilangan pekerjaan masing-masing, malah ada peniaga tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.

"Jadi, kami terfikir untuk meringankan beban mereka dengan pemberian ikan percuma, yang mana dapatlah mereka menjamah makanan dan meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Katanya, pemberian ikan percuma dilakukan melalui wang hasil sumbangan orang awam dan Perkasa Parlimen Kuala Kedah mengalu-alukan sumbangan orang ramai, tokoh korporat untuk membolehkan program amal seumpama itu dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Terdahulu, orang awam turut menerima pelitup muka dan cecair pembasmi kuman daripada Zamri selain sumbangan ikan kembung percuma daripada Perkasa Parlimen Kuala Kedah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!