Rawat kucing jalanan dengan minuman herba

Maizlin kini mempunyai 21 ekor kucing yang diambil dari jalanan
Maizlin kini mempunyai 21 ekor kucing yang diambil dari jalanan
A
A
A

REMBAU - Seorang wanita tidak menyangka air minuman daripada lapan tumbuhan herba yang dihasilkannya telah memberi kehidupan baharu kepada 21 ekor kucing jalanan yang diselamatkannya sejak tahun lalu.

Kesemua kucing berkenaan kini menjadi haiwan peliharaan Maizlin Maizan, 38, yang juga peneman setia kepada kedua ibu bapanya di rumah.

Semuanya bermula apabila Maizlin membuat eksperimen terhadap seekor kucing peliharaannya yang cedera kerana bergaduh dengan kucing lain.

Maizlin memberi kucingnya minuman herba
Maizlin memberi kucingnya minuman herba

"Saya cuba beri kucing saya minuman herba yang saya buat daripada lapan ramuan seperti daun sireh, temulawak, cekur, ibu kunyit, cengkih, buah pinang, kayu manis ceylon dan lada hitam dengan harapan luka dia sembuh.

"Tak sangka dalam tempoh kurang seminggu luka kucing saya sudah kering dan ia telah mendorong saya merawat kucing jalanan yang cedera dengan air minuman herba," katanya kepada Sinar Harian.

Bermula dengan hanya seekor kucing jalanan sakit yang diselamatkan Maizlin, kini sebanyak 21 ekor kucing jalanan yang telah dibawanya pulang dan kini menjadi penemannya di rumah.

Malah kesemua kucing berkenaan akan dijaga dengan rapi dari makan minum serta perubatannya.

Artikel Berkaitan:

Kesemua kucing diletakkan di dalam sangkar
Kesemua kucing diletakkan di dalam sangkar

"Untuk kos perubatan bagi kesemua kucing ini dianggarkan RM400 sebulan dan untuk makanan pula RM800 sebulan.

"Saya pun tak sangka di rumah saya ada kucing sebanyak ini sekarang kerana saya sebenarnya tidak boleh membela kucing kerana mengalami masalah alahan serta semput yang agak teruk.

"Tapi bila saya amalkan minuman herba yang sama, Alhamdulillah keadaan kesihatan saya makin baik dengan izin ALLAH," katanya.

Maizlin menunjukkan antara kucing jalanan yang kini menjadi kucing peliharaannya
Maizlin menunjukkan antara kucing jalanan yang kini menjadi kucing peliharaannya

Selain itu menjadi hasratnya untuk membuka mini zoo kucing di daerah Rembau sekali gus dapat menempatkan kucing jalanan yang diselamatkan.

Katanya, kebanyakan kucing jalanan yang dijumpai mempunyai masalah kesihatan dan cedera.

"Jangan kerana cantik nak jaga, namun apabila sakit dibuang. Kalau nak jaga, jaga betul-betul.

"Saya faham kos rawatan kucing ini mahal, tapi ada rawatan alternatif boleh dilakukan yang lebih murah. Gunalah apa-apa ikhtiar dan bukannya ambil jalan mudah dengan membuangnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!