Ganabatirau akan minta maaf tapi...
Menurutnya, namun isu Kuil Sri Mariamman sewajarnya diselesaikan dengan profesional memandangkan perkara itu perlu diutamakan oleh semua pihak.
“Kalau permohonan maaf ini akan tenangkan semua, pihak saya akan mohon maaf. Jika itu yang diperlukan dan diutamakan saya sanggup. Namun kenapa perkara (penting) tak diutamakan? Kenapa ada pihak yang masuk ke kuil jam 2 pagi? Siapa upah mereka?
“Ini juga perlu diberi perhatian. Kalau asyik nak guna agama dan perkauman sebagai asas kepada politik, baiklah saya mintak maaf tapi bila orang-orang ini nak minta maaf dan sedarkan diri,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kaitkan orang Islam, Exco 'gelabah' edit semula status FB']
Sebelum ini, Ganabatirau pada awalnya memuat naik status mendakwa bahawa serangan yang berlaku di kuil berkenaan dilakukan oleh orang Islam.
Namun begitu, beliau kemudiannya membuat ‘u turn’ dengan mengemas kini statusnya di perenggan berkenaan dan menyatakan bahawa insiden itu ‘didalangi oleh kumpulan gengster’.
Malah, status Ganabatirau itu turut menarik perhatian Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang ternyata kesal dengan sikap Adun berkenaan.
Ganabatirau yang juga Adun Kota Kemuning berkata, bahawa beliau menarik balik kenyataan itu selepas mendapat nasihat daripada Adun, agamawan dan rakan-rakan di dalam PH.
“Berdasarkan video tersebar, pihak terbabit yang cuba masuk ke dalam perkarangan kuil pada awal pagi dengan menjerit perkataan Arab.
“Ramai tak berminat dengan apa yang saya tulis tapi lebih mencari kesilapan saya dan cuba putar belitkan keadaan. Maka saya dengan segera mengubah perkataan itu kepada gengster,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, kuil berkenaan mempunyai dua pengurusan yang berbeza malah Kerajaan Selangor juga berpendirian untuk akur dengan keputusan mahkamah pada tahun 2017.
“Di sana ada dua pengurusan, satu mengawal kuil itu sejak dahulu manakala satu lagi telah menang kes itu dan menjadi pengurusan yang sah. Mereka juga ada satu persetujuan penghakiman iaitu pemindahan kuil itu perlu dilakukan.
“Kerajaan Selangor akur dengan keputusan mahkamah malah dua bulan lepas saya turut usulkan perkara sama dan nyatakan pendirian kerajaan iaitu kami perlu akur keputusan itu,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!