Kartel henti operasi seketika

Iskandar Halim Sulaiman, Laporan Sinar Harian pada 3 Disember lalu.
Iskandar Halim Sulaiman, Laporan Sinar Harian pada 3 Disember lalu.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) percaya rangkaian kartel daging sejuk beku dalam negara telah memberhentikan operasinya seketika susulan serbuan bersepadu di sebuah gudang di Senai, di sini baru-baru ini.

Perkara itu diakui Ketua Pengarahnya, Saiful Yazan Alwi, namun pihaknya tetap berazam menghapuskan sindiket kartel berkenaan.

“Setakat ini kita percaya rangkaian sindiket itu telah memberhentikan operasi mereka seketika susulan serbuan tempoh hari.

“Namun, kita tetap mengambil serius perkara ini dengan melakukan kerjasama bersama penguat kuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Johor serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada Sinar Ahad di sini semalam.

Mengulas operasi di sebuah gudang kartel di Senai, Saiful Yazan berkata, tindakan susulan sedang diambil oleh JKDM dan KPDNHEP dari segi tangkapan serta sitaan.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman pula berkata, arahan telah dikeluarkan kepada pegawai dan anggotanya di seluruh Malaysia untuk melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi pemborong daging.

ARTIKEL BERKAITAN: Kartel tukar daging haram jadi halal

Gudang daging seludup dikawal elak diceroboh gengster

Selasa lalu, susulan pendedahan Sinar Harian, sepasukan pegawai dan anggota JKDM Johor, Maqis, Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu gudang terbabit pada jam 10.30 pagi.

Pada masa yang sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi berkata, pihak polis sedang mengenal pasti beberapa negeri yang dipercayai menjadi lokasi penyeludupan masuk daging sejuk beku di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima lagi dua laporan kes kartel daging sejuk beku

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, antara negeri yang dikesan setakat ini adalah Kelantan, Johor dan Sarawak.

“Penguatkuasaan tetap dilaksanakan. Kita akan mempertingkatkan operasi dan rampasan di seluruh negara.

“Siasatan kita dijalankan untuk mengenal pasti apakah punca, sama ada ia disebabkan harga daging dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati modus operandi sindiket yang beroperasi di Kelantan misalnya, menggunakan laluan sungai, manakala di Johor dan Sarawak menggunakan laluan laut iaitu kapal kontena.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!