Kakitangan PTG Selangor positif Covid-19

Kakitangan tersebut berkemungkinan dijangkiti daripada ibu mentua yang disahkan positif Covid-19 pada 28 November 2020.
Kakitangan tersebut berkemungkinan dijangkiti daripada ibu mentua yang disahkan positif Covid-19 pada 28 November 2020.
A
A
A

KUALA LANGAT - Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) mengesahkan seorang kakitangannya di bahagian pendaftaran positif Covid-19 pada 3 Disember lalu.

PTGS dalam satu kenyataan memaklumkan kakitangannya itu disahkan positif hasil saringan kontak rapat yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat.

"Kakitangan tersebut kini sedang menerima rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kakitangan tersebut telah diarahkan untuk hadir bagi saringan Covid-19 oleh PKD Kuala Langat pada 30 November 2020 dan disahkan positif pada 2 Disember 2020," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kakitangan tersebut berkemungkinan dijangkiti daripada ibu mentua yang telah disahkan positif Covid-19 pada 28 November 2020.

"Menjadi keutamaan jabatan ini untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja serta pelanggan sentiasa terjamin.

"Justeru itu, jabatan ini telah mengambil langkah proaktif untuk menutup operasi di Aras LG PTGS bermula 3 Disember 2020 sehingga 9 Disember 2020 bagi operasi nyahkuman dan pembersihan premis seperti mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Katanya, seramai 23 orang kakitangan yang mempunyai kontak rapat telah dikenal pasti dan dikuarantin selama 14 hari serta akan menjalani ujian saringan Covid-19 mengikut PKD masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai langkah berjaga-jaga, seluruh kakitangan di Aras LG telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mulai 3 Disember hingga 9 Disember 2020 tertakluk kepada keputusan saringan kontak rapat oleh PKD berkaitan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!