Kepala budak pesakit Covid-19 tersangkut di katil

Bomba menggunakan peralatan 'tescue tool' untuk memotong besi katil sebelum mengeluarkan kepala mangsa.
Bomba menggunakan peralatan 'tescue tool' untuk memotong besi katil sebelum mengeluarkan kepala mangsa.
A
A
A

TUMPAT - Malang menimpa seorang kanak-kanak yang merupakan pesakit Covid-19 apabila kepalanya tersangkut dan tersepit pada besi katil ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Tumpat di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 10.25 malam itu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Pegawai Bomba Kanan I Marzuki Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, kita dapati kepala seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan pesakit Covid-19 tersangkut dan tersepit di besi katil hospital," katanya.

Operasi tersebut turut dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan.
Operasi tersebut turut dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan 'rescue tool' untuk memotong besi katil sebelum mengeluarkan kepala mangsa.

Katanya, operasi tersebut turut dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!