Sarjan Norihan dibenar keluar dari hospital

Sarjan Norihan selamat menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumahnya di Bidor, Perak hari ini.
Sarjan Norihan selamat menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumahnya di Bidor, Perak hari ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarjan Norihan a/l Tari, 39, yang selamat menjalani pembedahan membuang peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) telah dibenarkan keluar dari wad dan pulang ke rumahnya di Bidor, Perak hari ini.

Norihan bertolak pulang kira-kira 9.30 pagi ditemani isterinya Fardilla a/p Adam, 35, serta diiringi pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fardilla berkata, suaminya meluahkan rasa gembira kerana telah dibenarkan keluar dari hospital selain keadaan kesihatannya juga semakin baik.

"Saya bersyukur suami dibenarkan keluar dari hospital, sebenarnya suami paling gembira kerana tidak sabar untuk berjumpa anak-anak. Kesihatan beliau juga semakin baik sekarang ini dan dia akan rehat dulu sebelum kembali bertugas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Superintendan Rosman Kasman berkata, Norihan selamat tiba ke Kem Batalion 3 PGA, Bidor, Perak pada 12.30 tengah hari dan disambut sebagai Perwira Negara dalam satu majlis di lobi bangunan kem berkenaan.

"Norihan dilihat bertambah sihat dan ceria malah beliau memaklumkan tidak sabar untuk kembali menjalankan operasi di lapangan. Kami juga gembira melihat keadaannya yang semakin baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Sarjan Norihan sudah sedar, stabil

Norihan, yang dipindahkan dari Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar ke HPP, pada 25 November lepas, selamat menjalani pembedahan mengeluarkan satu daripada tiga butir peluru di dalam badannya.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden 3.10 pagi 24 November itu, Norihan dan rakan setugas, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand.

Baharuddin terbunuh manakala Norihan cedera parah. Kedua-dua mereka adalah anggota Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, yang terlibat dalam Op Benteng. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!