Dua pekerja RHB positif Covid-19

RHB Banking Group hari ini mengesahkan bahawa dua pekerjanya di Kompleks RHB di Bangi, Selangor, telah diuji positif Covid-19. Gambar hiasan
RHB Banking Group hari ini mengesahkan bahawa dua pekerjanya di Kompleks RHB di Bangi, Selangor, telah diuji positif Covid-19. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - RHB Banking Group hari ini mengesahkan bahawa dua pekerjanya di Kompleks RHB di Bangi, Selangor, telah diuji positif Covid-19.

Dalam kenyataan hari ini, RHB berkata, kali terakhir pekerja terbabit berada di pejabat adalah pada 27 November dan 30 November lepas dan kini menjalani proses kuarantin.

“RHB sedang membantu pihak berwajib bagi usaha pengesanan kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, pekerja lain yang terdedah dengan kedua-dua pekerja itu turut menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing,” katanya.

Selain itu, usaha pembersihan secara menyeluruh dan sanitasi juga telah dijalankan sebagaimana ditetapkan oleh garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Kami telah mengambil semua langkah-langkah perlu yang ditetapkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja kami serta komuniti,” kata RHB. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!