'Kami sebulat suara calonkan Datuk Saarani'

Shahrul Zaman menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi berhubung calon Menteri Besar Perak.
Shahrul Zaman menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi berhubung calon Menteri Besar Perak.
A
A
A

IPOH - Pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dibuat secara sebulat suara.

ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, perkara itu sudah pun diputuskan secara konsensus oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perak.

"Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah utk dipilih menjadi Menteri Besar Perak, insyaALLAH," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Saarani sudah dapat 26 sokongan SD jadi MB Perak

[EKSKLUSIF] Pas dolak-dalik faktor UMNO cari kerjasama baharu

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

Pemimpin UMNO, Pas bincang krisis politik Perak

Shahrul Zaman sebelum ini dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO yang sebut-sebut menggantikan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Shahrul Zaman turut berkongsi pandangan bahawa sesuatu jawatan merupakan tanggungjawab bukan untuk berebut.

"Ibu bapa saya sentiasa mengingatkan saya untuk berpegang kepada konsep reda, usaha dan tawakal kepada ALLAH. Kita wajib percaya kepada qada dan qadar ALLAH. Segalanya telah tertulis.

"Jawatan adalah pertanggungjawaban, ia bukan untuk perebutan. Siapa kita untuk menyatakan kita adalah yang terbaik di sisi ALLAH. Kita perlu kembali kepada asas. We are here to serve the rakyat in any capacity that we have," katanya menerusi hantaran tersebut.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, angka ADUN Perak yang dipercayai sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani sebagai calon menteri besar baharu negeri itu, kini meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

Seorang ADUN UMNO enggan dinamakan berkata, setakat ini, kesemua 25 ADUN UMNO sudah menandatangani SD menyokong penuh Saarani menerajui kerajaan baharu Perak kelak, meskipun pada peringkat awal hanya 15 orang sahaja menandatanganinya.

Lebih menarik, seorang ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sewaktu 'Langkah Sheraton', bulan Februari lalu, turut mengambil tindakan sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!