'Pelamin angan ku musnah'

Pelamin milik Agung dan Silvia musnah ditiup angin kencang berserta hujan di Jalan Tambak Lumpang III, daerah Sukomanunggal, Sabtu lalu. - Foto Detik News
Pelamin milik Agung dan Silvia musnah ditiup angin kencang berserta hujan di Jalan Tambak Lumpang III, daerah Sukomanunggal, Sabtu lalu. - Foto Detik News
A
A
A

SURABAYA - Hujan lebat berserta angin kencang mengakibatkan pelamin di sebuah majlis perkahwinan di Jalan Tambak Lumpang III, daerah Sukomanunggal, Indonesia ditiup angin dan rosak.

Rakaman video insiden itu dimuat naik di Instagram Asli Suroboyo meraih hampir 500,000 tontonan daripada netizen sejak semalam.

Menerusi laporan Detik News, pelamin tersebut milik pasangan mempelai Agung Setia Budi, 28, dan Mamluatus Silvia, 22 tahun.

"Ya, (video pelamin runtuh) berlaku di rumah (Tambak Lumpang III) ini pada Sabtu lalu.

"Kejadian berlaku pada jam 3 petang ketika hujan dan angin kencang. Kami memang terkejut apabila secara tiba-tiba khemah pelamin terangkat ditiup angin," kata Agung.

Agong juga melahirkan rasa syukur tiada tetamu atau ahli keluarga yang mengalami kecederaan.

"Walaupun ada tetamu ramai yang datang, syukur semasa kejadian, tiada mangsa terlibat," katanya anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, beliau turut tidak menyangka rakaman video 12 saat dimuat naik di Instagram Asli Suroboyo tular dan menarik perhatian ramai.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun posting tersebut meraih simpati dari 3,763 netizen dan mendoakan agar pasangan berkenaan tabah menghadapi dugaan terutama pada musim tengkujuh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!