Isteri Syafiq Ahmad selamat jalani pembedahan, kini stabil

Penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 (kiri) bersama isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25 (tengah) yang cedera parah yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan awal pagi semalam. - Foto Bernama
Penyerang pasukan JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 (kiri) bersama isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25 (tengah) yang cedera parah yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya akibat kemalangan awal pagi semalam. - Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, selamat menjalani pembedahan dan dilaporkan stabil.

Nur Amalina Norain, 25, menjalani pembedahan di bahagian perut selepas terlibat nahas di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap awal pagi Ahad.

Perkhabaran positif perkembangan Nur Amalina dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, kepada Harian Metro.

Menurut Ahmad, Muhammad Syafiq pada mulanya hendak memindahkan isteri dan anak sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut sebelum dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati di dalam perut menantu saya ada sedikit masalah dan memerlukan pembedahan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq Ahmad dikebumi di Pendang

Isteri Muhammad Syafiq kucup bayi buat kali terakhir

'Tak sangka yang pulang jenazah mereka berdua'

Artikel Berkaitan:

"Syukur semuanya berjalan lancar dan kini menunggu keputusan daripada pakar yang lain berhubung kesihatan menantu," katanya.

Nur Amalina dilapor dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap (HSB) ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan pemeriksaan mendapati dia mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang paha kiri.

Anak perempuannya juga dipercayai mengalami pendarahan dalam otak yang mana kedua-dua ibu dan anak itu kini dirawat di HSJ.

Dalam kemalangan jam 4 pagi itu menyebabkan anak Muhammad Syafiq, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari; ibu mentuanya Zainab Wahab, 45; dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42, meninggal dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!