Bersatu sokong calon MB dari UMNO: Ahmad Faizal

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyokong sepenuhnya calon UMNO yang bakal dipilih mengisi jawatan Menteri Besar Perak baharu.

Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Bersatu sedia bekerjasama bagi meneruskan khidmat untuk rakyat.

“Kami bekerjasama dengan UMNO dan parti lain di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri lain," katanya menurut laporan sebuah portal berita.

Ahmad Faizal turut menafikan telah menetapkan sebarang syarat yang mewajibkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya perlu dilantik sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, Shahrul Zaman menerusi hantaran Facebook hari ini menyatakan pencalonan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dibuat secara sebulat suara.

Katanya, perkara itu sudah pun diputuskan secara konsensus oleh semua ADUN BN Perak.

ARTIKEL BERKAITAN:[EKSKLUSIF] Saarani sudah dapat 26 sokongan SD jadi MB Perak

Calon MB Perak harus dari Bersatu

Jumaat lepas, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Ahmad Faizal gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya dan secara rasminya telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

DUN Perak dibarisi 59 Ahli DUN dan sokongan 30 ahli diperlukan bagi mendapat majoriti mudah.

UMNO merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak iaitu 25 diikuti, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Saya terima dengan reda: MB Perak

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!