Polis bantu kawal gudang kartel daging

Laporan Sinar Harian pada 2 Disember lalu mengenai gudang kartel seludup daging sejuk beku yang digempur pihak berkuasa di Senai, Johor.
Laporan Sinar Harian pada 2 Disember lalu mengenai gudang kartel seludup daging sejuk beku yang digempur pihak berkuasa di Senai, Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menyediakan bantuan keanggotaan bagi membantu penugasan di sebuah gudang kartel sejuk beku di Senai di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bantuan itu sebagai langkah keselamatan terhadap penguat kuasa yang menjalankan siasatan di lokasi terbabit.

“Bantuan ini juga penting bagi memastikan keselamatan di kilang selain mahu memastikan barang kes tidak diganggu atau dilarikan pihak tertentu.

“Polis akan memberi kerjasama penuh sepanjang operasi terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Susulan pendedahan Sinar Harian pada Selasa lalu, sepasukan pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyerbu gudang terbabit pada jam 10.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gudang kartel proses daging babi

Kartel tukar daging haram jadi halal

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pihaknya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa terbabit dalam operasi di gudang berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa mendedahkan kegiatan penyeludupan masuk yang dilakukan sindiket terbabit dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuk borang kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket turut mengimport daging dari sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit dan akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.

Siasatan mendapati cop logo berkenaan ditempah dari sebuah premis printing di Ulu Tiram dekat sini.

Malah, Maqis juga mengesan pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan.

Daging ‘halal’ yang selesai dibungkus semula kemudian akan diletakkan di peti simpanan bersuhu sejuk yang lebih besar.

Malah, ia juga dicampur dengan susunan daging lain yang memiliki sijil halal yang sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima lagi dua laporan kes kartel daging sejuk beku

Gudang daging seludup dikawal elak diceroboh gengster

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!