Al Ebreiz terima Sijil Patuh Syariah

Al Ebreiz komited untuk menjadi pemangkin kepada sistem kewangan hibrid.
Al Ebreiz komited untuk menjadi pemangkin kepada sistem kewangan hibrid.
A
A
A

AL Ebreiz Global Capital Berhad menerima pengiktirafan Sijil Patuh Syariah yang pertama daripada Panel Penasihat Syariah bertauliah pada 21 November lalu.

Sijil itu bagi memastikan setiap urusan berkaitan jual beli, transaksi dan perniagaan berlandaskan syariat di samping mematuhi garis panduan ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Norazam Muhammad berkata, penerimaan Sijil Patuh Syariah itu menjadi batu loncatan kepada syarikat merealisasikan misi dan visi syarikat yang ingin membawa hasrat kewangan Islam hibrid ke persada antarabangsa pada masa hadapan.

“Pengiktirafan itu akan membantu syarikat itu meneroka pasaran baharu di negara-negara Islam pada masa depan.

“Al Ebreiz yang ditubuhkan pada tahun ini dan beribu pejabat di Kuala Lumpur turut merancang untuk melebarkan sayap ke Singapura, Indonesia dan Timur Tengah.

“Usaha itu akan memberi lebih keyakinan kepada pelanggan Islam untuk terus melanggan dalam produk dagangan emas selain memperkuat portfolio syarikat,” katanya.

Tambahnya, pengiktirafan itu akan menyediakan pelanggan akses kepada portfolio patuh Syariah secara cekap serta telus.

Katanya, syarikat itu bakal menyasarkan perolehan mencecah jutaan ringgit bagi perkhidmatan yang ditawarkan syarikat berkenaan mulai tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

“Ia sekali gus membuktikan sistem ini diterima oleh khalayak ramai termasuk golongan bukan beragama Islam. Kita akan terus menggandakan usaha ini kerana sistem patuh Syariah yang telus berbanding konvensional,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!