Tular visual babi hutan muncul di Banda Hilir

Visual berdurasi 19 saat tentang kemunculan babi hutan dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan di Banda Hilir.
Visual berdurasi 19 saat tentang kemunculan babi hutan dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan di Banda Hilir.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) akan mengambil tindakan segera berhubung ancaman babi hutan di beberapa lokasi di bandaraya ini.

Ia ekoran tular sejak semalam tentang visual rakaman memaparkan seekor babi hutan bersaiz dewasa kelihatan muncul di kawasan bandar yang didakwa berlaku di satu lokasi di kawasan Banda Hilir.

Visual berdurasi 19 saat itu dipercayai sempat dirakam oleh pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan melaksanakan operasi menghapuskan binatang liar berkenaan dalam masa terdekat.

"Selaku exco berkaitan, jabatan terlibat di bawah portfolio saya adalah Perhilitan. Justeru, saya sudah memaklumkan kepada Pengarah Perhilitan tentang saya sendiri dan pengarah akan turun padang, kita akan buat operasi besar-besaran untuk membasmi binatang liar berkenaan.

"Masa dan waktu akan saya tentukan dalam masa terdekat ini dan kemungkinan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini," katanya ketika ditemui di sini.

Tambah beliau, selain kawasan Banda Hilir, turut didakwa wujudnya ancaman babi hutan termasuk Taman Akasia, dan Bukit Beruang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!