Agong zahir ucapan takziah pemergian dua petugas KKM

Ahli keluarga arwah pemandu Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Mohd Zuhairi Abdullah, 35, berpelukan menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pekan. Mohd Zuhairi maut di tempat kejadian bersama jururawat Julayha Kudus, 39, di Kilometer 32 Jalan Pekan-Romping berdekatan Kampung Tanjung Baru, semalam. - Foto Bernama

A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan yang maut dalam kemalangan jalan raya pagi semalam.

Menerusi hantaran di Facebook baginda, Al Sultan Abdullah turut bersedih dengan pemergian jururawat Julayha Kudus dan pemandu Mohd Zuhairi Abdullah.

Baginda berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat, pemandu kenderaan KKM maut nahas jalan raya

Bimbang WhatsApp tak berbalas, rupanya suami maut kemalangan

Petugas kesihatan maut: Najib, Noor Hisham, MB Pahang ucap takziah

Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarhamah Julayha dan Allahyarham Mohd Zuhairi, kepada masyarakat dan negara serta menyifatkan pemergian mereka berdua sebagai kehilangan besar kepada Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dan Kementerian Kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Suasana pilu menyelubungi sekitar Unit Forensik Hospital Pekan semalam. Kelihatan Asmawi Yusoff, 45, dan mentuanya Rahimah Abdullah, 65, tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu jenazah isterinya, jururawat Julayha Kudus, 39. - Foto Bernama

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah Julayha dan Allahyarham Mohd Zuhairi dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Dalam kejadian membabitkan tiga kenderaan kira-kira jam 10.30 pagi di Kilometer 32 Jalan Kuantan-Nenasi-Rompin itu, kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima mangsa lain selamat dan turut mengalami kecederaan.

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!