Pokok Krismas dalam gaya pandemik Covid-19

Pokok Krismas dalam gaya pandemik Covid-19. - Foto The Sun
Pokok Krismas dalam gaya pandemik Covid-19. - Foto The Sun
A
A
A

LONDON - Sudah menjadi kelaziman meletakkan pokok Krismas yang dihiasi di rumah pada sambutan Tahun Baharu dan Hari Krismas untuk memberi suasana perayaan.

Lampu kilat, hiasan bola berwarna merah, keemasan, menggantung lilin dan loceng emas pada pokok Krismas menjadi pilihan sesiapa sahaja.

Namun pada tahun ini dalam sejarah, sambutan perayaan Hari Krismas disambut sederhana berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda seluruh dunia.

Menerusi portal The Sun, orang ramai memilih mengayakan pokok Krismas dengan dihiasi produk pembasmi kuman, tisu tandas, sarung tangan dan bahkan pelitup muka sebagai simbolik menyambut perayaan itu.

Mereka bangga berkongsi gambar pokok masing-masing di laman sosial hingga menarik perhatian ramai.

Seorang ibu turut kreatif dengan melilit tisu tandas di ranting pokok sementara yang lain menggantung penyegar udara dan pembasmi nyah kuman di celahan pokok.

Selain itu, ada juga meletakkan pelitup muka bagi menggantikan bintang di puncak pokok Krismas sambil dihiasi pelbagai tisu dan sarung tangan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mencipta pokok Krismas daripada timbunan tisu tandas yang dihiasi sarung tangan dan pelitup muka nyata menampilkan keunikannya tersendiri.

Artikel Berkaitan:

Walau apa pun hiasan dan kreativiti orang ramai menyambut perayaan tersebut, pastinya tahun ini menjadi detik bersejarah buat seluruh dunia kerana penularan Covid-19 mengubah sama sekali cara dan gaya hidup manusia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!