[EKSKLUSIF] Kemelut politik Perak: Tiga presiden PN bincang esok

Muhyiddin Yassin, Abdul Hadi, Ahmad Zahid Hamidi
Muhyiddin Yassin, Abdul Hadi, Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

IPOH - Tiga pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dijangka bertemu esok bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan di Perak.

Menurut sumber Pas Perak, pimpinan yang dimaksudkan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, pertemuan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur namun lokasi sebenar dan tempat masih dirahsiakan.

"Ketiga-tiga presiden ini akan bersemuka bagi berunding untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.

"Kita jangkakan pergolakan politik ini akan dapat diselesaikan selepas rundingan tersebut," kata sumber itu yang juga seorang pimpinan Pas Perak kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan pertemuan antara Abdul Hadi dan Muhyiddin petang tadi, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, kepimpinan Bersatu dan Pas dilaporkan mengadakan pertemuan petang tadi berkaitan kemelut politik di Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis di Perak: Muhyiddin, Abdul Hadi bertemu petang tadi

Artikel Berkaitan:

Malah Pas Perak turut dijangka memohon untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam masa terdekat.

Hari ini, Ahmad Zahid turut menghadap Sultan Nazrin bagi menyembahkan nama calon Menteri Besar Perak dari UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO cukup majoriti lantik MB Perak: Zahid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!