Ahmad Faizal jawab persoalan Najib

Tangkap layar Facebook Najib pada 4 Disember lalu.
Tangkap layar Facebook Najib pada 4 Disember lalu.
A
A
A

IPOH - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan berhubung urusan penjualan PT Pinang Witmas Sejati (PWS).

Pengerusi PPPNP, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya berasakan terdapat beberapa tuduhan berunsurkan tohmahan tidak berasas daripada sebuah blog dan Datuk Hamidah Osman.

"PPPNP telah membuat laporan polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan memberi perincian kepada SPRM selain telah mendapat nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka.

"Buat masa ini, siasatan yang telah dilakukan oleh pihak SPRM mendapati tiada salah laku dan segala prosedur serta proses yang diambil adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam satu kenyataan bagi menjawab dua hantaran Facebook oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad Faizal turut menjawab beberapa dakwaan lain antaranya penjualan ladang seluas 15,000 hektar milik kerajaan negeri itu secara rundingan terus tanpa tender.

"PPPNP telah membuat jemputan untuk membida kepada 11 syarikat perladangan kelapa sawit tempatan dan pemain industri perladangan sawit di Indonesia dalam tempoh 15 Mei 2019 hingga 30 September 2019.

"Persoalan amaran telah diberikan oleh Allahyarham Datuk Mohd Khusyairi Abd Talib tahun lalu untuk tidak jual ketika harga murah. Cadangan penjualan PWS telah bermula sejak 2014 dan cadangan tersebut telah diangkat untuk kelulusan di peringkat pengurusan, jawatankuasa lembaga pengarah dan kerajaan negeri," katanya.

Menurutnya, berkenaan ladang yang didakwa bernilai RM1.03 bilion, penilaian tanah ladang dilaksanakan oleh jurunilai profesional bebas iaitu Raine & Horne International Zaki + Partners Sdn Bhd sebanyak empat kali.

Artikel Berkaitan:

"Hasil penilaian pada 2007 mendapati jumlahnya RM296 juta, RM550 juta (2011), RM500 juta (2016) dan RM525 juta pada 2020.

"Selain itu, perjanjian 'Conditional Share Sale and Purchase Agreement' (CSSPA) telah ditandatangani 24 April lalu, namun sehingga hari ini, ladang ini masih menjadi milik PPPNP kerana penjualannya masih belum dimuktamadkan sehingga segala syarat 'Condition Precedent' dipatuhi antaranya perjanjian usaha sama baru antara KLK dan PT Trimitra SumberBuana ditandatangani," katanya.

Katanya, penjualan bukan disebabkan oleh faktor harga minyak kelapa sawit tetapi tempoh pajakan yang semakin pendek.

Ada yang tanya dalam posting saya tadi untuk saya tunjuk bukti bahawa kerajaan Perak PN pada bulan April 2020 telah jual...

Posted by Najib Razak on Friday, December 4, 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!