Jenama Malaysia disangka produk import
Sebenarnya banyak juga produk milik anak Malaysia yang menggunakan jenama seakan-akan jenama antarabangsa. Sehinggakan kita sendiri menyangka ia adalah produk atau perkhidmatan dari luar negara.
Jom kita soroti antara jenama yang menggunakan nama ‘orang putih’ tetapi ia adalah produk tempatan yang sudah menembusi pasaran antarabangsa.
1. Shangri-La Hotels and Resort
Biarpun hotel pertama syarikat ini mula beroperasi di Singapura pada tahun 1971, tetapi ia membawa makna besar dalam industry perhotelan tempatan dan antarabangsa. Menurut maklumat, nama Shangri-La diambil bersempena sebuah tempat mistik melalui sebuah novel iaitu Lost Horizon (oleh penulis British bernama James Hilton).
Sehingga hari ini Shangri-La Hotels and Resort ini mempunyai rangkaian hotel mewah di Asia, Timur Tengah, Kanada dan Eropah.
2. The Manhattan Fish Market
Restoran yang diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn sebenarnya diasaskan oleh dua sahabat baik iaitu George Ang dan Dr Jeffrey Goh yang memiliki jati diri Malaysia.
Pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2008, restoran mereka mendapat respons yang baik dari pelanggan.
Restoran rangkaian makanan laut ini berjaya berkembang di Asia dan Timur dengan jumlah restoran sebanyak 67 buah.
Kini restoran ini beroperasi di negara seperti Qatar, Oman, Bangladesh, Jepun, Sri Lanka, India dan juga Myanmar.
3. Ogawa
Ogawa merupakan jenama kesihatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah berkembang menjadi peneraju utama dalam industri reka bentuk, pembangunan serta pemasaran kesihatan individu serta mesin kesihatan di Malaysia.
Mari kita belajar sendiri tentang maksud perkataan Ogawa. Ogawa dalama bahasa Jepun membawa maksud aliran iaitu aliran darah dalam badan yang perlu dilancarkan bagi kesihatan yang baik.
4. British India
Ini adalah fakta sebenarnya; British India diasaskan pada tahun 1994 oleh Pat Liew. Beliau seorang yang pengalaman luas atau ‘otai; dalam industri peruncitan selama lebih 35 tahun.
Kini, British India menjadi jenama eksklusif dengan lebih 40 outlet di beberapa negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.
5. Padini
Padini mula beroperasi sebagai Hwayo Garments Manufacturers Company pada tahun 1971, dengan kepakaran dalam menghasilkan pakaian dan menjual secara wholesale.
Terdapat beberapa jenama lain yang bernaung di bawah Padini seperti VINCCI, MIKI, SEED dan beberapa lagi.
Selain Malaysia, Padini turut mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara seperti Thailand and Timur Tengah.
Padini Holdings kini bernilai RM2.2 bilion, menjadikan syarikat ini syarikat fesyen terbesar di Malaysia.
6. Secret Recipe
Kita pastinya terkejut dan berbangga apabila mengetahui jenama Secret Recipe ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Steven Sim. Usahawan terkenal berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini membuka outlet pertama Secret Recipe di SS2, Petaling Jaya pada tahun 1997.
Kini, setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi. India dan New Zealand menjadi negara seterusnya bagi cawangan baru Secret Recipe.
7. Mamee
Setelah lebih 46 tahun menjadi jenama makanan segera, MAMEE berkembang dengan pantas. Mamee telah diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan disenaraikan di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 18 Mac 1992.
Antara produk lain MAMEE termasuklah Mister Potato yang menjadi pilihan pengguna sejak 1992 dan menjadi produk kentang nombor 1 di negara ini menurut AC Neilsen.
Kini, MAMEE menjadi pengilang antarabangsa yang diiktiraf dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama di seluruh dunia.
#kempenbelibaranganmalaysia
#barangbaikbarangkita#belanjauntukmalaysia#KpdnhepMuat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!