Cubaan seludup minyak masak, petrol ke Filipina gagal

Bot yang membawa muatan minyak masak dan petrol ditemukan di kawasan bakau Pulau Bohey Dulang Semporna.- 1
Bot yang membawa muatan minyak masak dan petrol ditemukan di kawasan bakau Pulau Bohey Dulang Semporna.- 1
A
A
A

SEMPORNA - Cubaan menyeludup keluar minyak masak dan petrol ke Filipina gagal apabila sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu kawasan bakau Pulau Bohey Dulang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, sebanyak 323 kilogram minyak masak dan 300 liter petrol berjaya dirampas dipercayai cuba diseludup oleh seorang lelaki yang bertindak melarikan diri sebaik sepasukan anggota PPM mengesan kegiatannya itu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, bertindak atas maklumat berhubung penyeludupan barang di kawasan itu, sepasukan anggota bersama bot ronda dikejar ke lokasi.

Bot yang membawa muatan minyak masak dan petrol ditemukan di kawasan bakau Pulau Bohey Dulang Semporna.
Bot yang membawa muatan minyak masak dan petrol ditemukan di kawasan bakau Pulau Bohey Dulang Semporna.

"Bot ronda PPM Semporna telah terserempak dengan sebuah bot menggunakan enjin sangkut dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan pokok bakau.

"Ketika menghampiri bot itu untuk pemeriksaan, seorang lelaki melarikan diri ke arah bukit dan hasil pemeriksaan dalam ruangan bot menemukan sebanyak 323 kilogram minyak masak, enam jerikin berisi 300 liter petrol disyaki mahu diseludup ke Filipina, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad berkata, semua rampasan dibawa ke pangkalan marin dan dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

"Semua rampasan yang bernilai RM21,062.50 itu akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota PPM Semporna menunjukkan minyak masak dan petrol yang dirampas dipercayai cuba diseludup ke Filipina.
Anggota PPM Semporna menunjukkan minyak masak dan petrol yang dirampas dipercayai cuba diseludup ke Filipina.

Terdahulu, Mohammad menyeru kerjasama daripada daripada masyarakat setempat termasuk komuniti pesisir untuk melaporkan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang kepada Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197 untuk diambil tindakan segera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!