Reman 'ustaz' cabul pesakit disambung dua hari
MARANG - Reman seorang pengamal perubatan digelar 'ustaz' yang dipercayai mencabul pesakitnya ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif di Hulu Terengganu dilanjutkan dua hari lagi.
Majistret, Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah tahanan reman ke atas suspek disambung bermula esok di Mahkamah Majistret Marang hari ini.
Lanjutan perintah reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan seorang bekas pengamal perubatan digelar 'ustaz' berhubung dakwaan kes mencabul seorang wanita ketika melakukan rawatan.
Berdasarkan siasatan awal, suspek berusia 52 tahun itu disyaki mencabul seorang wanita berusia 30 tahun dalam kejadian di Kuala Berang di sini pada 22 November lalu.
Suspek kemudian direman selama empat hari bermula 6 hingga 9 Disember 2020.
Semalam, seorang lagi wanita berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis yang mendakwa dia dan adiknya dicabul suspek ketika mendapatkan rawatan pada dua tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ustaz' ditahan disyaki cabul pesakit
Lagi mangsa cabul ‘ustaz’ buat laporan polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!