Peruntukan belanjawan KKM lulus dengan undi suara majoriti
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, RUU itu diluluskan melalui undi suara majoriti tanpa undi belah bahagi.
"Lebih suara bersetuju," katanya sebaik selesai sesi penggulungan RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Terdahulu, sesi penggulungan RUU tersebut dibuat Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Ketika ini sebanyak 17 kementerian telah selesai membuat penggulungan dan kesemuanya turut diluluskan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!