Mati kesejukan dalam 'pondok datang bulan'

Wanita di wilayah barat Nepal dipaksa tinggal di pondok lumpur tidak bersih ketika datang bulan walaupun undang-undang melarang amalan itu.
Wanita di wilayah barat Nepal dipaksa tinggal di pondok lumpur tidak bersih ketika datang bulan walaupun undang-undang melarang amalan itu.
A
A
A

KATHMANDU - NEPAL. Seorang wanita di Nepal mati kesejukan selepas dihantar ke 'pondok datang bulan' di bawah amalan penganut Hindu digelar Chhaupadi.

Parwati Bogati, 21, dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap unggun api yang dihidupkan untuk memanaskan pondok sempit terbabit.

"Dia kemudiannya ditemui ibu mertuanya, Laxmi dalam keadaan sudah tidak bernyawa walaupun sehari sebelum itu dia sangat teruja kerana tempoh haidnya akan tamat," lapor Kathmandu Post memetik kenyataan jurucakap polis, Lal Bahadur Dhami.

Tragedi di daerah Doti itu berlaku beberapa minggu selepas seorang wanita bersama dua anak lelakinya di perkampungan Budhinanda ditemui mati di pondok sama.

Kematian Amba Bohara, 35, dan dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun berpunca daripada sesak nafas akibat terhidu asap.

Difahamkan, kedua-dua wanita terbabit tinggal di 'pondok datang bulan' tersebut kerana dianggap berada dalam keadaan 'tidak suci' ketika kitaran semula jadi. - The Sun

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!