SPRM lapor polis dakwaan pegawai ugut tahanan Macau Scam

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan pegawainya melakukan ugutan terhadap seorang individu yang disiasat berkaitan Macau Scam.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan polis yang dibuat pegawainya hari ini bagi menafikan tohmahan tersebut dan menggesa polis menjalankan siasatan.

"Pengurusan tertinggi SPRM memandang serius tohmahan itu," katanya.

Menurutnya, berkenaan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dilepaskan daripada tahanan reman SPRM.

"Salinan laporan tersebut pula telah ditularkan oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

"SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan oleh pegawai SPRM, namun jika laporan tersebut palsu maka individu tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Terdahulu akhbar tempatan melaporkan pengusaha vape diugut seorang lelaki bergelar Datuk dan seorang pegawai SPRM.

Ketika berada dalam tahanan, pegawai SPRM didakwa mengugut untuk menahan reman ibunya jika enggan mengaku terbabit dengan Macau Scam dan Addy Kanna.

Artikel Berkaitan:

Ketika disoal siasat, individu bergelar Datuk itu dikatakan mengugutnya supaya menyerahkan tiga kenderaan dan wang tunai sebanyak RM20 juta serta berkongsi hasil perniagaan kilang perabot milik mangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!