Bantuan RM1.435 juta untuk nelayan di Johor selatan

Dari kiri Azmi, Hasni, Samsolbari dan Azli pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Nelayan Johor Selatan 2020 di Bangunan Dato' Jaafar Mohammad, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
Dari kiri Azmi, Hasni, Samsolbari dan Azli pada Majlis Penyerahan Bantuan Khas Nelayan Johor Selatan 2020 di Bangunan Dato' Jaafar Mohammad, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 1,475 nelayan di kawasan Johor selatan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 menerima bantuan berjumlah RM1.435 juta daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz berkata, bantuan itu amat diperlukan golongan nelayan bagi menampung perbelanjaan harian selain membeli peralatan menangkap ikan.

''Bantuan akan dibahagikan kepada seluruh ahli. Sumbangan ini memberi makna yang besar kepada kami golongan nelayan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban yang ditanggung berikutan kekurangan pendapatan.

''Saya mewakili seluruh nelayan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor di bawah pimpinan Datuk Ir Hasni Mohammad yang prihatin dengan nasib golongan seperti kami,'' katanya semasa ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Khas Nelayan Johor Selatan 2020 di Bangunan Dato' Jaafar Mohammad, di sini hari ini.

Replika cek bantuan berkenaan disampaikan Hasni kepada Azli.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Azli berkata, tahun ini merupakan yang keenam berturut-turut pihaknya menerima bantuan daripada kerajaan negeri.

''Saya bersyukur kerana kerajaan negeri masih memberi perhatian kepada golongan nelayan di kawasan Johor Bahru Selatan yang turut terjejas akibat pembangunan setempat,'' katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!