Seorang kakitangan Karangkraf Mall positif Covid-19

Karangkraf Mall
Karangkraf Mall
A
A
A

SHAH ALAM - Karangkraf Mall Sdn Bhd mengumumkan penutupan operasinya selepas salah seorang stafnya disahkan positif Covid-19.

Menurut satu kenyataan hari ini, pihak Pengurusan Karangkraf Mall memaklumkan bahawa staf tersebut didapati merupakan kontak rapat kepada suaminya yang juga disahkan positif Covid-19 pada 2 Disember lalu.

“Susulan itu, pihak kami telah mengambil tindakan pencegahan awal dengan membuat saringan kepada semua pekerja yang berkaitan dengan Karangkraf Mall.

“Keputusan saringan bagi semua pekerja adalah negatif kecuali seorang pekerja sahaja disahkan positif pada hari ini iaitu isteri kepada pesakit Covid-19.

“Pihak syarikat juga telah membersih dan mensanitasi keseluruhan Karangkraf Mall dan kawasan sekitarnya,'' katanya.

Semua operasi Karangkraf Mall ditutup sementara bermula 4 Disember dan hanya akan dibuka ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Justeru, pihak syarikat menyeru kepada semua pelanggan yang telah datang berurus niaga di Karangkraf Mall (Seksyen 15, Shah Alam) bermula dari 24 November sehingga 30 November untuk membuat ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran dengan segera.

“Sebarang kesulitan amat dikesali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!