Banjir di Kelantan pulih
KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pasir Mas sejak Jumaat lepas, ditutup kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, ia berikutan keadaan cuaca yang bertambah baik dan tiada hujan sejak beberapa hari lepas.
“Kesemua 30 mangsa banjir terakhir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh telah dibenarkan pulang.
“Alhamdulillah, keadaan cuaca semakin bertambah baik selain paras air di kediaman mereka yang terlibat juga sudah surut. Kesemua mereka selamat pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
PPS SK Tok Deh yang dibuka pada Jumaat lepas menempatkan 37 mangsa daripada lapan keluarga.
Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 5 petang ini, keadaan Sungai Golok di Rantau Panjang menurun menghampiri paras normal pada bacaan 6.85 meter dengan paras normal 5m.
Keadaan cuaca di Kelantan secara keseluruhan cerah sejak tiga hari lepas tanpa hujan. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Buruh lemas ketika cuba redah banjir
Nisan tercabut, belindan pecah 'dibadai' arus
Banjir: Dua warga emas kudung didukung bomba
Yadim Kelantan bersih rumah mangsa banjir
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!