Kanada lulus vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech

Kanada telah membuat pesanan awal 20 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech. - Foto AFP
Kanada telah membuat pesanan awal 20 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech. - Foto AFP
A
A
A

OTTAWA - Kanada meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech sehari selepas Britain menjadi negara pertama yang memberi lampu hijau dan melancarkannya.

Perdana Menteri, Justin Trudeau dalam ciapannya di Twitter berkata, pengumuman itu merupakan berita baik dan sejarah perlu diingati.

"Perkara ini tidak bererti kita mengambil sambil lewa penjagaan kesihatan terhadap penularan penyakit Covid-19 terutama gelombang kedua yang memaksa beberapa wilayah melaksanakan semula sekatan," katanya, menurut laporan AFP.

Kanada telah membuat pesanan awal 20 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech ketika masih dalam pembangunan dengan pilihan untuk 56 juta dos tambahan.

Trudeau Isnin lalu berkata, sebanyak 249,000 dos akan diterima pada bulan Disember.

Menurut Mejar Jeneral, Dany Fortin, komandan perang yang bertugas, penghantaran pertama ke 14 lokasi di seluruh Kanada dijadualkan tiba pada Isnin dengan orang ramai menerima suntikan sehari atau dua hari kemudian.

Wakil ketua pegawai kesihatan awam Kanada, Howard Njoo pada sidang akhbar berkata, vaksin itu dibawa kepada rakyat Kanada lebih awal daripada jangkaan.

"Akhirnya kita mempunyai alasan untuk merasa optimis dan bersemangat untuk kembali ke kehidupan yang kita jalani sebelum Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketua penasihat perubatan kerajaan, Supriya Sharma berkata, kebenaran untuk suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menandakan detik penting dalam usaha untuk mengendalikan Covid-19.

Beliau berkata, vaksin tambahan akan tersedia dan dilancarkan sepanjang 2021 dengan tiga calon vaksin lain termasuk satu yang dibangunkan oleh Moderna yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang mungkin dihantar akhir bulan ini, kini sedang dinilai oleh pihak berkuasa kesihatan.

Katanya, setiap rakyat Kanada peluang untuk diimunisasi.

"Vaksin Pfizer-BioNTech telah menjalani penilaian pantas ketika masih dalam ujian klinikal, yang menyimpulkan bahawa ia memenuhi syarat keselamatan, keberkesanan dan kualiti yang ketat untuk digunakan di Kanada," kata jabatan kesihatan negara itu, Health Canada.

Bagaimanapun, pengawal selia menasihatkan bahawa buat masa ini ia hanya boleh digunakan pada orang yang berumur 16 tahun ke atas.

Pekerja kesihatan termasuk warga tua bakal menjadi yang pertama menerimanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!