Anwar sifatkan Guan Eng, Mat Sabu sahabat sejati
SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan penghargaannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang disifatkan sebagai rakan baiknya.
Dalam catatan di laman Facebook beliau, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengakui beliau sudah menganggap Guan Eng dan Mohamad sebagai sahabat sejati.
“Meski ribut datang melanda, meski apa jua rintangan, namun persahabatan akan tetap utuh. Kesetiaan dan kejujuran adalah sesuatu yang tidak ternilai apa pun,” kata Anwar.
Malah, Ketua Pembangkang di Parlimen itu turut berharap muafakat dalam gabungan besar di bawah PH akan terus kukuh dan teguh demi rakyat.
“Insya-ALLAH, semoga muafakat ini terus kukuh dan teguh demi rakyat,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!