Peruntukan J-Kom dipotong RM45 juta
KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipotong sebanyak RM45 juta.
Potongan 47.4 peratus daripada keseluruhan peruntukan J-Kom menerusi kertas pindaan yang diusulkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri itu diluluskan secara undian suara majoriti.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan kelulusan pemotongan peruntukan bagi J-Kom yang kini hanya tinggal RM40.5 juta berbanding peruntukan asal RM85.5 juta.
Pada 25 November lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijenamakan semula sebagai J-Kom dengan peranan dan fungsi berbeza.
Menurutnya, J-Kom bermatlamat mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat dengan penyaluran maklumat yang tepat, sahih serta bijaksana.
ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan Jasa sah dikurangkan
KKMM jamin peruntukan Jasa dikurangkan: Saifuddin
Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!