Empat singa di Zoo Barcelona positif Covid-19

Empat ekor singa di Zoo Barcelona yang dikesan positif Covid-19. - Foto Daily Mail
Empat ekor singa di Zoo Barcelona yang dikesan positif Covid-19. - Foto Daily Mail
A
A
A

BARCELONA - Empat ekor singa di Zoo Barcelona, Sepanyol disahkan positif Covid-19.

Menerusi portal Daily Mail, tiga singa betina terbabit bernama Zala, Nima dan Run Run berusia 16 tahun dan seekor jantan berusia empat tahun bernama Klumbe dilaporkan mempunyai gejala ringan virus tersebut.

"Keempat-empat singa itu diuji dan menjalani saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) seperti dilakukan terhadap manusia.

"Sebelum ini keempat-empat haiwan itu mengalami batuk dan bersin, namun tidak menunjukkan jangkitan yang serius," kata kakitangan perubatan zoo berkenaan.

Bagi mengelakkan penularan Covid-19, pekerja kandang zoo juga perlu memakai pakaian khas ketika berada di kandang untuk memberi haiwan itu ubat bagi merawat gejala tersebut.

Difahamkan, dua kakitangan di zoo sama dipercayai pekerja kandang singa turut dilaporkan positif virus tersebut, bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak zoo berkenaan.

Pada awal April lalu, seekor harimau betina berusia empat tahun di Zoo Bronx juga dijangkiti virus Covid-19 yang dipercayai dijangkiti oleh penjaga zoo yang tidak bergejala.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerpelai sebar virus mutasi Covid-19

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!