UiTM nafi pelajarnya belajar di hentian bas
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan laporan dan video yang dimuat naik sebuah akhbar mengenai pelajarnya yang terpaksa belajar secara dalam talian di sebuah hentian bas.
UiTM dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter hari ini memaklumkan pihaknya turut mengesahkan bahawa pelajar berkenaan bukan pelajar dari universiti berkenaan.
Menurutnya, pelajar yang mempunyai masalah semasa pembelajaran secara 'Open' atau 'Distance Learning' (ODL) boleh kembali ke kampus berdekatan.
"Namun keberadaan pelajar semasa di kampus tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak universiti," katanya.
Dalam laporan dan video yang dimuat naik oleh akhbar itu menjelaskan pelajar berkenaan sering mengikuti kelas dalam talian hampir setiap hari di hentian bas berhadapan sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut video itu, pelajar berkenaan berbuat demikian sejak sebulan lalu dan hanya disedari oleh pensyarahnya sejak seminggu lalu.
KENYATAAN MEDIA
— UiTM Official (@uitmofficial) December 10, 2020
UiTM NAFI ‘MUHAMMAD IZZUL’ PELAJAR UiTM REMBAU#uitmprihatin#kitaUiTM#uitmdihatikupic.twitter.com/6X1dGGYuRa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!