Fasa pertama roboh struktur haram tepi Sungai Rawang selesai

Perobohan struktur haram di Taman Mawar hari ini.
Perobohan struktur haram di Taman Mawar hari ini.
A
A
A

RAWANG - Fasa pertama operasi perobohan struktur haram yang beroperasi atas tanah kerajaan dan rizab sungai di sekitar Rawang selesai selepas baki dua lagi premis diambil tindakan hari ini.

Ia menjadikan sebanyak lapan struktur terdiri daripada empat bengkel jentera berat, dua premis kitar semula, satu kandang lembu dan bengkel pembuatan pintu yang diambil tindakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak dibantu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sejak 24 November lalu.

Tindakan penguatkuasaan tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha kerajaan negeri mengelak berlakunya pencemaran sungai disebabkan operasi kilang haram berhampiran sumber air.

Shamsul Shahril Badliza
Shamsul Shahril Badliza

Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, tindakan penguatkuasaan fasa kedua dijangka akan diteruskan bulan depan.

"Sebanyak lima premis beroperasi berhampiran Sungai Rawang dan Sungai Gong telah dikenal pasti.

"Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan mengikut prosedur undang-undang ditetapkan dengan menjalankan siasatan disusuli notis pengosongan sebelum kerja perobohan dilakukan," katanya selepas mengetuai operasi perobohan bangunan tanpa kebenaran di Taman Mawar di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Operasi terakhir bagi fasa pertama perobohan struktur haram tepi Sungai Rawang selesai hari ini.
Operasi terakhir bagi fasa pertama perobohan struktur haram tepi Sungai Rawang selesai hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Shahril Badliza berkata, operasi perobohan hari ini melibatkan sebuah premis kitar semula dan bengkel pembuatan pintu yang didirikan atas tanah kerajaan tanpa kebenaran.

"Saya nasihatkan pengusaha untuk menyemak terlebih dahulu dengan PDT Gombak dan MPS mengenai status tanah dan kategori zon sebelum memulakan perniagaan mereka.

"Saya dimaklumkan yang pengusaha kedua-dua premis ini menyewa kedai mereka daripada pihak ketiga dengan bayaran RM2,000 sebulan di atas tanah kerajaan yang jaraknya hanya lima meter dari Sungai Rawang," katanya.

Difahamkan sebanyak 70 premis disenaraikan oleh pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) beroperasi sepanjang sungai yang status tanahnya akan diperiksa terlebih dahulu oleh MPS dan PDT Gombak sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!