Lapan anggota polis tolak rasuah terima penghargaan KPN

Abdul Hamid (tengah) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang anggota polis pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.
Abdul Hamid (tengah) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang anggota polis pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lapan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador selepas menolak sogokan semasa melakukan Operasi Dadu bagi membanteras kegiatan judi dalam talian (JOL) di ibu negara pada 17 Oktober lalu.

Serbuan yang dibuat kesemua anggota dari Bahagian Siasatan Pencegahan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) ini adalah susulan daripada tangkapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sindiket didalangi Addy Kanna dan Alvin Goh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, amalan rasuah ibarat penyakit barah di mana ianya boleh memusnahkan keharmonian masyarakat, sistem pentadbiran, organisasi dan pembangunan negara.

"Justeru sebagai agensi terulung di negara ini, kita seharusnya berpaksikan kepada integriti dan bebas sepenuhnya daripada terlibat dengan amalan terkutuk ini," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara di Bukit Aman hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Addy Kanna terlibat Macau Scam, judi online, tipu Forex

Addy Kanna, Alvin Goh antara empat ditahan bawah POCA

Abdul Hamid berkata, pada masa ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan hanya berhadapan dengan persepsi buruk daripada masyarakat, namun secara realitinya imej pasukan turut tercalar dengan penangkapan terhadap warga PDRM atas pelbagai kesalahan rasuah.

"Saya menyeru kepada segelintir warga PDRM yang jauh 'terbabas' daripada misi suci untuk menegakkan undang-undang supaya kembali ke pangkal jalan.

Artikel Berkaitan:

"Masih belum terlambat untuk berbakti, suburkan semangat anti rasuah dalam diri masing-masing," katanya.

Beliau berkata, jangan mempersiakan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh pahlawan-pahlawan yang telah gugur demi keamanan negara.

"Amalkan kehidupan yang sederhana dan sentiasa peka terhadap tuntutan agama, bertaubatlah sebelum kita menghadap Ilahi," katanya.

Katanya, beliau percaya masih ramai anggota dan pegawai PDRM sedar terhadap tanggungjawab yang dipikul serta menjunjung tinggi prinsip integriti dalam menjalankan amanah yang telah diberikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!