Zainol Fadzi ucap terima kasih kepada pimpinan Bersatu

Zainol Fadzi (tiga dari kanan) bersama Saarani (tiga dari kiri) dan exco kerajaan Perak yang dilantik hari ini di Istana Iskandariah, di sini. Foto Ihsan
Zainol Fadzi (tiga dari kanan) bersama Saarani (tiga dari kiri) dan exco kerajaan Perak yang dilantik hari ini di Istana Iskandariah, di sini. Foto Ihsan
A
A
A

KUALA KANGSAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menghargai sokongan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mencalonkannya sebagai Exco Kerajaan Perak.

Menurutnya, penghargaan utama diberikan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kerana memberikan kepercayaan untuk berada di dalam kerajaan.

"Pertamanya saya ingin menjunjung kasih atas perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin melantik saya sebagai salah seorang exco kerajaan negeri.

"Sebagai ahli politik, saya juga mengambil serius apa yang dititahkan Tuanku sebagai panduan dan peringatan dalam menjalankan tugas," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Zainol Fadzi yang juga Setiausaha Bersatu Perak mengakui tanggungjawab yang diberikan bukan satu tugas mudah dalam senario politik masa kini.

Beliau berkata, pelantikan sebagai Exco Kerajaan Perak kali ini bukan sesuatu yang perlu dibanggakan atau diraikan.

Terdahulu, Zainol Fadzi antara lima Exco Kerajaan Perak yang dilantik ke dalam pentadbiran Menteri Besar Perak yang baharu, Datuk Saarani Mohamad hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin turut memberi perkenan untuk mengekalkan empat Exco dalam pentadbiran terdahulu.

Mereka adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup); Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota) masing-masing mewakili UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN: Zainol Fadzi antara lima ADUN terima lantikan Exco

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!