Pejuang fail permohonan semakan kehakiman

Parti Pejuang
Parti Pejuang
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan pertubuhan itu sendiri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah melalui satu kenyataan hari ini berkata, semakan itu dibuat melalui peguamnya.

Menurutnya, semakan kehakiman itu dibuat bagi memohon perintah mandamus agar JPPM membuat keputusan meluluskan atau sebaliknya permohonan Pejuang sebagai sebuah parti politik berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Melalui semakan kehakiman itu juga, Pejuang memohon satu perintah deklarasi bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan JPPM untuk menjawab sebarang permohonan mahupun komunikasi secara bertulis adalah tidak munasabah dan mempunyai niat mala fide untuk sengaja melengah-lengahkan proses permohonan pendaftaran Pejuang.

"Pejuang sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan justeru itu membawa isu kelengahan pendaftarannya ke mahkamah bertujuan mendapat penghakiman yang seadilnya," katanya.

Katanya, Jawatankuasa Penaja (JKP) Pejuang juga akan memaklumkan perkembangan kes ini kepada warga umum dari masa ke masa.

Terdahulu, Pejuang pada 19 Ogos lalu telah mengemukakan permohonan secara rasmi kepada JPPM untuk mendaftarkan parti itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!